Thursday, 1 September 2016

Pengenalan

Pelancongan menjadi salah satu kegiatan sosial dan ekonomi yang paling penting pada masa sekarang. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat, Beberapa buah negara di dunia kini sedang memajukan pelancongan untuk beberapa faedah tertentu. Hal ini kerana industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara. Sejumlah 24.6 juta orang telah berkunjung dan melancong ke Malaysia telah dicatatkan dan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan bagi bulan Januari hingga Disember 2015. Peningkatan pula telah ditunjukkan oleh pelancongan Asia Barat pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015. Meskipun keadaan ekonomi serantau yang agak kurang memberangsangkan pada masa kini, peningkatan 44 peratus  daripada 5.02 juta kepada 7.23 juta telah berlaku pada tempoh enam bulan pertama bagi jumlah pelancong yang telah melawat dan berkunjung ke Malaysia. Jumlah pelancong yang bertandang ini berdasarkan pada tempoh yang sama tetapi pada tahun yang berlainan.
Pengiktirafan diberi secara beransur-ansur terhadap pentingnya membangunkan pelancongan bersama-sama sektor lain dengan cara yang bersepadu dengan mengekalkan sumber untuk kegunaan yang berterusan, di samping membantu memelihara dan bukan merosakkan kawasan semulajadi dan warisan sejarah.

No comments:

Post a Comment